Hari Terbuka Mini PI & Program Advokasi
10 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 9 Mac 2018 telah diadakan Hari Terbuka Mini PI dan Program Advokasi di Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Tandak. Tujuan hari terbuka ini diadakan bagi mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia (PI) melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti taklimat KDB, Explorace ICT, Puzzle KDB, Pertandingan Poster, Bacaan Yaasin, Taklimat AADK, cabutan bertuah serta jamuan makan. Selain itu, bagi menyampaikan taklimat advokasi kepada golongan komuniti berusia 20 tahun dan ke atas (>50 orang). Hari Terbuka ini juga diadakan bagi menwar-warkan program dan perkhidmatan PI kepada komuniti.
Di dalam program ini, kami mengambil kira faktor perkembangan media baru yang pesat yang mendedahkan pengguna Internet kepada ancaman dalam urusan harian mereka menggunakan internet. Ini kerana kebanyakan penjenayah beranggapan bahawa jenayah yang berlaku di alam siber sukar dikesan.
Oleh itu, kempen advokasi dan keselamatan Klik Dengan Bijak (KDB) diselitkan di dalam program ini yang juga merupakan inisiatif kami untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keselamatan menggunakan internet melalui kempen keselamatan Klik Dengan Bijak (KDB). Di samping itu, kami juga mengambil kira faktor keselamatan dan ancaman komuniti remaja yang kini sangat terdedah dengan bahaya penggunaan dadah. Oleh itu, pegawai AADK telah dijemput bagi menyampaikan taklimat, pesanan dan nasihat kepada adik-adik serta komuniti yang hadir. Selain itu juga, bacaan Yaasin turut diselitkan sebagai aktiviti tambahan bagi merapatkan lagi staf PI dengan komuniti sekitar yang berumur 30 tahun dan ke atas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: